Srekkk srekk srekkk, kipas berputar
laju. Cuaca di Melaka pasang surutnya. Mendung. Hujan. Panas. Begitulah juga
pasang surutnya kesihatan manusia-manusia di negeri panas ini. Bunyi melodi
piano dari jiran membuatkan aku terfikir seketika, siapakah gerangan manusia
tersebut? Jiran-jiran yang sibuk tatkala pagi petang mahupun malam. Adakah hidup
hanya untuk kerja ? duit? Segala pertanyaan mungkin tidak terjawab.
Aku merenung kipas berputar,
bosankah? Tidak. Baru selesai kerja yang bertimbun dek tamakan kerja tambahan
pensyrah-pensyarah berdarah muda. Ahh! Persetankan semua itu. Hanyalah duniawi.
Lantas mencapai computer riba dan menaip. Tuk tuk tuk tuk.
Bagiku ini adalah catatan misteri
oleh hati yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Mungkin juga terpengaruh
oleh buku-buku dari penulis local Malaysia.
Sepertinya catatan ini berharap dibaca oleh orang tercinta. Siapakah?
Bersediakah aku menjadi seorang
isteri?
Bersediakah aku menjadi seorang
ibu?
Bersediakah aku membawa satu beban
dibahu apabila mempunyai seorang kekasih hati?
Adakah dua hati dapat mendekatkan
diri kepada pencipta. ?
Adakah kearah syurga atau neraka? Sedaikah
menerima baik buruk pasangan masing-masing?
Pernahkah anda terfikir? Semestinya
bukan. Sama seperti aku.
Hanya seorang wanita yang menghrap
belas kasihan seorang lelaki. Seperti perempuan-perempuan lain, aku juga tiada
beza.
Pernah menjadi sang merpati terbang
bebas bersama pasangan nya. Yang bergermbira tidak kira masa. Menghabiskan masa-masa
emas bersama orang tersayang. Tersenyum bahagia
kerana tidak mennjangka cinta itu hanya milik Allah.
Aku yang jatuh cinta pertama
kalinya kepada seorang lelaki yang memberi harapan setinggi gunung yang juga ku
kenali dari zaman sekolah.
Matanya, senyumnya yang membuat
hati germbira di setiap saat. Dan aku gadis yang pertama kalinya bercinta dan
melalui nya dengan sabar. Menjadi kupu-kupu di dalam sangkar. Menjadi punggok
rindukan bulan. Menjadi si buta tuli.
Menatap kembali hidupku hancur
setelah mentari mulai turun sujud ke bumi, menjadi gelap. Terkapai kapai
mencari secebis simpati. Dia pergi di dalam kegelapan malam. Meninggalkan aku
seorang terkapai-kapai di dalam kekejaman dunia. Lelaki celaka itu, membuatkan hati di dalam
badan ini membenci lelaki sekalian. Menjadi takut dan sangsi. Menjadi ibu
meroyan kehilangan anaknya. Menjadi malam tanpa bintang. Menajdi bodoh tanpa
kata.
Mendengar ‘common reason’ it like
to killing me.
Bagaimana lagi?
Adakah dengan dendam mampu
memuaskan hati? Mampu mengembalikan sang merpati sejoli?
Dimanakah kewarasan mu?
Dimanakah agamaku?
Dimanakah ingatan mu untuk ibumu
abahmu?
layakkah mencitai seorang lelaki yang bukan bergelar suami?
Bangun dari mimpi! Kepala terhentak.
Berdarah. Mengalir laju kepekatan merah.
Baru sedar dari mimpi. Allah yang
satu. Allah mahu menguji. Kesabaran setiap hambaNYA.
Dia bukan jdohku, bangunlah wahai
para gadis.!! Berhentilah mencintai lelaki lelaki celaka yang hanya
mempermainkan perasaan mu. Buka lah matamu dari buta.
Kegembiraan hanya sementara setelah
dibunuh dengan segala memori, bgaikan selama ini tidak pernah berkasih sayang.tidak pernah mengenali.
Kembalikan semngat juang kau!
ingat tujuan hidup kau!
ingat tujuan hidup kau!
aku bukanlah seorang gadis yang ber ‘antikan’ lelaki tetapi hanya takut mendekati, takut dilukai, takut dipermainkan dek kerana kekurangan iman di dada. Kekurangan ilmu-ilmu. Kekurangan akhlak. Kerana aku hanyalah gadis yang minta dibimbing. Aku hanyalah gadis yang ‘common’. Tidak ramah. Tidak cantik. Tidak stylo. Hanya kebudakan dan keibuan.
Kerana, takdir , jodoh adalah
ketentuan Allah. Hanya mampu berdoa di tikar semayang. Mendoakan agar diberi
jodoh yang dapat membimbing diri yang hina. Hanya bisa mendoakan si terbang
tinggi merpati tadi berbahagia dengan pilihan nya yang tersendri. Pergilah sayang.
Walau diam seribu bahasa. Hati ini sedang diubati.
Dalam perhubungan, jika salah
seorang telah berputus asa. Tinggalah diri yang hina seorang diri. Terkapai-kapai
kasih seorang peneman hati.
Gadis, tunggulah bersabarlah
seorang jejaka yang akan menyanyangi mu sepenuh jiwa. Sebagai seorang suami.
Tidak perlu bergundah gelana, tidak
perlu menangis duka. Kerana janji Allah itu PASTI sayang.
Salam sayang,
Misteri.
No comments:
Post a Comment