Friday, April 26, 2013

catatan misteri

Srekkk srekk srekkk, kipas berputar laju. Cuaca di Melaka pasang surutnya. Mendung. Hujan. Panas. Begitulah juga pasang surutnya kesihatan manusia-manusia di negeri panas ini. Bunyi melodi piano dari jiran membuatkan aku terfikir seketika, siapakah gerangan manusia tersebut? Jiran-jiran yang sibuk tatkala pagi petang mahupun malam. Adakah hidup hanya untuk kerja ? duit? Segala pertanyaan mungkin tidak terjawab.

Aku merenung kipas berputar, bosankah? Tidak. Baru selesai kerja yang bertimbun dek tamakan kerja tambahan pensyrah-pensyarah berdarah muda. Ahh! Persetankan semua itu. Hanyalah duniawi. Lantas mencapai computer riba dan menaip. Tuk tuk tuk tuk.

Bagiku ini adalah catatan misteri oleh hati yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Mungkin juga terpengaruh oleh buku-buku dari penulis local Malaysia.  Sepertinya catatan ini berharap dibaca oleh orang tercinta. Siapakah?

Bersediakah aku menjadi seorang isteri?
Bersediakah aku menjadi seorang ibu?
Bersediakah aku membawa satu beban dibahu apabila mempunyai seorang kekasih hati?
Adakah dua hati dapat mendekatkan diri kepada pencipta. ?
Adakah kearah syurga atau neraka? Sedaikah menerima baik buruk pasangan masing-masing?

Pernahkah anda terfikir? Semestinya bukan. Sama seperti aku.

Hanya seorang wanita yang menghrap belas kasihan seorang lelaki. Seperti perempuan-perempuan lain, aku juga tiada beza.
Pernah menjadi sang merpati terbang bebas bersama pasangan nya. Yang bergermbira tidak kira masa. Menghabiskan masa-masa emas bersama orang tersayang.  Tersenyum bahagia kerana tidak mennjangka cinta itu hanya milik Allah.
Aku yang jatuh cinta pertama kalinya kepada seorang lelaki yang memberi harapan setinggi gunung yang juga ku kenali dari zaman sekolah.
Matanya, senyumnya yang membuat hati germbira di setiap saat. Dan aku gadis yang pertama kalinya bercinta dan melalui nya dengan sabar. Menjadi kupu-kupu di dalam sangkar. Menjadi punggok rindukan bulan. Menjadi si buta tuli.
Menatap kembali hidupku hancur setelah mentari mulai turun sujud ke bumi, menjadi gelap. Terkapai kapai mencari secebis simpati. Dia pergi di dalam kegelapan malam. Meninggalkan aku seorang terkapai-kapai di dalam kekejaman dunia. Lelaki celaka itu, membuatkan hati di dalam badan ini membenci lelaki sekalian. Menjadi takut dan sangsi. Menjadi ibu meroyan kehilangan anaknya. Menjadi malam tanpa bintang. Menajdi bodoh tanpa kata.
Mendengar ‘common reason’ it like to killing me.
Bagaimana lagi?

Adakah dengan dendam mampu memuaskan hati? Mampu mengembalikan sang merpati sejoli?

Dimanakah kewarasan mu?

Dimanakah agamaku?

Dimanakah ingatan mu untuk ibumu abahmu?

layakkah mencitai seorang lelaki yang bukan bergelar suami?

Bangun dari mimpi! Kepala terhentak. Berdarah. Mengalir laju kepekatan merah.
Baru sedar dari mimpi. Allah yang satu. Allah mahu menguji. Kesabaran setiap hambaNYA.
Dia bukan jdohku, bangunlah wahai para gadis.!! Berhentilah mencintai lelaki lelaki celaka yang hanya mempermainkan perasaan mu. Buka lah matamu dari buta.
Kegembiraan hanya sementara setelah dibunuh  dengan segala memori,  bgaikan selama ini tidak pernah berkasih sayang.tidak pernah mengenali.

Kembalikan semngat juang kau!
ingat tujuan hidup kau!

aku bukanlah seorang gadis yang ber ‘antikan’ lelaki tetapi hanya takut mendekati, takut dilukai, takut dipermainkan dek kerana  kekurangan iman di dada. Kekurangan ilmu-ilmu. Kekurangan akhlak. Kerana aku hanyalah gadis yang minta dibimbing. Aku hanyalah gadis yang ‘common’.  Tidak ramah. Tidak cantik. Tidak stylo. Hanya kebudakan dan keibuan.
Kerana, takdir , jodoh adalah ketentuan Allah. Hanya mampu berdoa di tikar semayang. Mendoakan agar diberi jodoh yang dapat membimbing diri yang hina. Hanya bisa mendoakan si terbang tinggi merpati tadi berbahagia dengan pilihan nya yang tersendri. Pergilah sayang. Walau diam seribu bahasa. Hati ini sedang diubati.

Dalam perhubungan, jika salah seorang telah berputus asa. Tinggalah diri yang hina seorang diri. Terkapai-kapai kasih seorang peneman hati.

Gadis, tunggulah bersabarlah seorang jejaka yang akan menyanyangi mu sepenuh jiwa. Sebagai seorang suami.

Tidak perlu bergundah gelana, tidak perlu menangis duka. Kerana janji Allah itu PASTI sayang.

Salam sayang,
Misteri.



ni pon merapu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...