Friday, June 1, 2012

melati

melati tertanya-tanya mengapakah rakan-rakannya sangat benci padanya.apakah salahnya?melati terasa dirinya begitu kecil dan kerdil diantara mereka.adakah tiada lagi ruang kasih sayang diantara mereka?hari-hari melati jalani dengan rasa pahit.malam-malam nya pula ditemani air mata.adakah diri ini begitu kejam?apakah mulut ini telah berbicara kasar?tidak pernah langsung dihati melati ingin menyakiti perasaan rakan-rakannya.

Namun, mengapakah lisa tidak mahu memandang muka ku. tiada sebutir ayat yang ditutrkan kepada melati.hanya diam seribu bahasa.pandangan nya mempunyai seribu benci kepada diri ini.adakah daku telah berlaku kejam terhadapmu?adakah persahabatan kita hanya terpaksa?adakah aku seorang yang pelik?melati cuba tersenyum.cuba untuk bercakap.cuba untuk bergelak bersama tetapi perasaan aneh itu menghalang.lisa seperti tidak mahu kehadiran diriku.dia lebih gembira bersama teman yang lain.adakah aku terlau jahat bagimu lisa?kalu tidak mana mungkin niatku untuk bertanya mengapa dia berdiam diri denganku terbantut apabila dia menyapa dengan begitu sinis sekali."asal?".terngiang-ngiang lagi ayat itu.aku menarik kerusiku dan melabuhkan buntutku disebelah lisa dan semata-mata hendak bertanya ,'adakah aku telah menyakitimu?sehingga kamu tidak mahu bercakap denganku bila dirumah?kalu begitu maafkan aku.dan apa salahku?aku ingin penjelasan dan aku juga ingin beri penjelasan;' tapi  semuanya hanya ilusi apabila terbantut dengan ayat 'asal'.mana mungkin aku lupa saat kau menengkin ku pada satu hari itu..tapi aku bukan pendendam lisa. (melati bermonolog sendirian memikirkan salahnya)

dan mengapa pula ain begitu marah sekali meluahkan rasa hatinya dilaman sosial itu?aku tidak tahu pada siapa kemarahnya tapi aku ingin meredakan marahnya dengan meminta maaf namun tidak disangka pula marahnya betul-betul kepadaku.oh melati.!apa yang telah engkau buat?apakah salahku?aku tidak terasa hati.tapi mengapa ain bercakap yang sepertinya bukan aku?berikan la aku peluang memberikan penjelasan.sungguh kejam.

siapa lagi hati yang telah aku sakiti?seperti melati tidak sanggup lagi berada di sini.melihat rakan-rakannya membenci dirinya.

jika diri yang hina ini silap,maafkan lah diri ini.betapa hinanya diri ini hanya ingin menumpang sebutir kasih sayang seorang sahabat.

mungkin begitu salina merasa apabila dia dibuang jauh dan di hukum begitu dengan kami dulu.mungkin itu juga berbalik kepadaku.salina,maafkan la aku jika aku tidak mempedulikan dirimu saat semua menyalahkan mu.aku merasa apa yang engkau rasa sekarang salina.'what goes around come around'.
sungguh kejam diri ini dahulu pabila membiarkan org lain memarahi mu sebegitu walaupon ianya salahmu tapi langsung tiada ruang untukmu memberi penjelasan.aku paham perasaan itu salina.tiada pembelaan diri.

siapalah kita menghukum manusia. kerana aku hanyalah insan hina. betapa bezanya darjatku dengan YANG MAHA ESA,yg tetiba menghukum manusia sesuka hati.

jika dulu melati mempunyai sahabat yang sentiasa mendengar segala celotehnya kini tidak lagi.melati gemar muhasabah diri.merenung kesilapan namun tidak seceria dulu lagi.mencari salahnya dimana.hanya diam.mencari ketabahan.mencari secebis kesarabaran.mencari kasih sayang ILAHI yang kekal.

mungkin ini adalah dugaan buat melati.jika dulu doanya meminta dirinya tabah jadi Allah telah memberikan dugaan agar dia tabah menghadapi dugaan hati ini,jiwa dan mental.

aku tidak mengatakan diriku benar tetapi aku perlu tahu apa salahku.adakah aku begitu teruk sekali?adakah aku tidak layak bersahabat dengan kamu semua?jika begitu aku hnya tersenyum dan berlalu pergi.mendoakan kalian gembira,berjaya.

akhirnya melati lena didalam resahnya.berdoa agar hari esok lebih bahagia..mungkin aku tidak mempunyai sahabt kerana diriku begitu kekurangan namun aku masih mempunya Allah,mak,abah,abg,adik,saudara.terima kasih. :)

yang benar,
melati.



ni pon merapu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...